Resepi Ayam Masak Kicap

 Halo gais... Hari ni cik miao😽 nak kongsi dengan korang satu resepi yang mudah dan ringkas iaitu Ayam Masak Kicap.

Bahan utama:

½ kg ayam


Bahan A:

2 ulas bawang putih

2 biji bawang merah

1 batang serai

3 sudu makan minyak masak

rempah tumis empat sekawan


Bahan B:

3 sudu makan kicap masin

2 sudu makan kicap manis

1 sudu makan kicap mahsuri (optional)

1 sudu makan sos tiram (optional)

kalau nak letak cili pun boleh

air masak secukupnya

garam secukup rasa


Cara masak:

1.Tumis bahan A di dalam minyak yang agak panas.

2.Kemudian masukkan ayam dan gaulkan.

3.Selepas ayam kelihatan sedikit masak,bahan B.

4.Jika air sudah kelihatan kering, tambah garam secukup rasa.

5.Gaul dan tunggu ayam sehingga masak.

6.Kalau sudah masak boleh tutup api dan hidangkan.


Selamat mencuba😉. Cik Miao bertambah- tambah nasi tau... 😂



Comments

Post a Comment